Ahad, 16 November 2008

Mulianya seorang Wanita bergelar Isteri

Hargailah isteri anda...... Mulianya seorang isteri disisi Allah....Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anakRugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerjadengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyangtetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak pulak….Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih… Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahalatetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titianSirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncungterhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya. Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man,She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... "Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Khamis, 6 November 2008

Penenang Jiwa

Setiap kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia bukan ujian semata-mata tetapi juga untuk mendekatkan kita dengan-Nya.
BERSIHKAN diri dan jiwa dengan ayat-ayat suci al-Quran.
DALAM kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain.
Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: 'Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah'- surah al-Nisa':8. Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.
Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:
*Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).
*Puasa wajib dan puasa sunat.
*Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).
*Menunaikan haji.
*Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).
*Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.
*Bertafakur.
*Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.
*Muhasabah diri.
*Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.
*Tawaduk' dan sifat qanaah (berpada-pada).
*Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.
*Ketahui cara menghindar penyakit hati.
Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia.
AMALAN berzikir mendekatkan diri kepada Allah.
Boleh mendekatkan diri dan menjalin hubungan dengan Allah. Membersihkan diri dari sifat keji dan buruk. Praktik yang baik untuk pengurusan masa. Melatih diri untuk berakhlak atau berdisiplin dan bermoral dan melatih diri untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.
Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:
*Menjadi benteng kepada godaan syaitan atau iblis dan perisai terhadap kejahatan.
*Latihan untuk mendisiplinkan diri.
*Memupuk sikap sabar.
*Mewujudkan rasa insaf.
*Menimbulkan kekuatan untuk menundukkan nafsu.
Dengan berzikir, berdoa dan beristighfar, hikmahnya adalah untuk membersihkan diri daripada dosa dan maksiat, untuk mendapat keampunan Allah, untuk mendapat ketenangan batin, keikhlasan hati, meningkatkan kecintaan kepada Allah dan berupaya melindungi diri daripada melakukan dosa.
Malah, Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud '...dan Tuhan kamu berfirman, 'berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'- surah al-Mukmin : 60, dan 'Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian' -surah al-Baqarah: 168.
Dengan bertafakur, hikmahnya adalah seperti:
*Penyuluh untuk mengenal diri dan pencipta.
*Mendorong penjelajahan fikiran.
*Pemusatan tumpuan untuk meneliti tahap personaliti dan tingkah laku.
*Mendorong untuk celik akal.
*Mewujudkan kesedaran kendiri.
*Berupaya membuahkan sikap amanah dan jujur.
Firman Allah yang bermaksud, 'Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia' - surah ali-Imran : 191.
Sebenarnya kehidupan ini kita tidak boleh lari dari menghampiri diri dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah. Dalam mengharungi kehidupan kita perlulah menghadapi pelbagai cabaran dan menghadapi kegagalan dan rasa putus asa dengan penuh kesedaran.

Maafkan SAYA....

'Saya minta maaf'
SALAM dan pelukan menguatkan lagi rasa keikhlasan dalam ucapan maaf.

MEMINTA maaf adalah dua perkataan yang ringkas tetapi sukar dilafazkan oleh kebanyakan orang. Malah, bagi kanak-kanak atau remaja, tindakan meminta maaf mungkin tidak wujudl dalam kamus hidup jika tidak 'diperkenalkan' terlebih dahulu oleh ibu bapa.
Ada yang berpendapat mengajar anak meminta maaf mungkin bukan satu idea yang baik. Sebabnya, tindakan ini mendidik anak menganalisis dan seterusnya menyebabkan mereka sukar menikmati zaman kanak-kanak secara natural.
Tetapi, apakah keperluan tindakan meminta maaf sememangnya perlu diterapkan dalam diri anak sejak awal usia lagi?
Perunding dan penceramah etika perniagaan terkemuka, Lauren Bloom pernah berkata, meminta maaf adalah satu kemahiran sosial yang penting.
Katanya, kanak-kanak yang belajar 'etika' ini bakal menjadi manusia yang efektif dalam apa jua keadaan apabila dewasa nanti.
"Kita semua melakukan kesalahan. Ini adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan. Tapi, kesalahan atau kesilapan kecil yang kita buat mungkin memberi impak berlanjutan kepada orang lain jika tidak disusuli dengan maaf.
"Mendidik anak meminta maaf apabila berlaku kesilapan boleh membantu mereka memahami pentingnya sebuah hubungan dan menghormati orang lain," kata Bloom dalam blognya.
MEMINTA maaf mendidik anak jauh daripada sifat ego.

Jika begitu situasinya, apakah langkah mudah untuk membiasakan anak meminta maaf apabila perlu?
Ibu bapa sebagai contoh
Tunjukkan kepada anak bagaimana kata maaf boleh dilafazkan. Misalnya, apabila anda tidak sengaja menumpahkan makanan, katakan: "Minta maaf ya. Mama tak sengaja." Kata-kata ini mungkin nampak ringkas tetapi jika diaplikasikan pada kesalahan lain, ia akan melekat dalam pemikiran anak.
Gunakan bahasa tubuh
Apabila meminta maaf, bahasa tubuh dan renungan mata juga penting dan boleh berkata-kata. Kata maaf yang disertakan dengan renungan mata menunjukkan rasa kesal si pengucap. Genggaman tangan dan pelukan erat juga boleh menjadi ikutan anak jika anda meminta maaf dengan bahasa tubuh seperti itu. Namun, tegaskan kepada anak bahawa pelukan seperti itu bagaimanapun hanya boleh diberikan kepada orang terdekat seperti ahli keluarga sendiri. Salaman ringkas pula ditujukan kepada kenalan. Sesungguhnya, bahasa tubuh adalah kaedah berkomunikasi yang lebih efektif sebelum seseorang melafazkan kata-kata maaf.
Ajar anak bertanggungjawab
Selain itu, anak perlu mengetahui erti bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukannya. Misalnya, jika anak merosakkan barang mainannya, maka, setelah meminta maaf, dia patut berkata: "Mak, saya tahu saya salah. Saya tidak akan ulangi perbuatan yang sama lagi." Hanya dengan cara ini, anak tahu dirinya salah dan perlu bertanggungjawab terhadap kesilapan diri.
Hargai anak
Kata maaf yang diucapkan tidak tinggi maknanya tanpa penghargaan daripada si penerima. Justeru itu, adalah penting untuk anda sebagai ibu bapa memberi tanda menghargai menerusi pujian. Sebagai contoh, katakanlah: "Wah, pandainya nak. Baiklah, mak maafkan, ya." Tindakan ini bukan sahaja boleh melegakan rasa si peminta maaf, malah boleh menguatkan lagi hubungan sesama manusia.
Dalam pada itu, apakah yang akan berlaku jika anak yang bersalah tidak biasa meminta maaf? Pertama, anak mungkin terpaksa berdepan dengan situasi diasingkan daripada kelompok rakan sebaya atau pergaulannya mungkin menjadi terbatas. Keadaan ini sekali gus boleh menjejaskan perkembangan sosialnya.
Jadi, apa sekali pun alasannya, percayalah, etika meminta maaf yang dipelajari sejak kecil boleh memanfaatkan empunya badan apabila dewasa kelak.

Rabu, 5 November 2008

Coretan Seorang Ummat

Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.
Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat......
Muingkin malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....
Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain.....
Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)
Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!
Ya aku CINTA ALLAH .
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku
DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah
HAMPAS yang tak berguna.
Ini adalah ujian yang mudah.
Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?
Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.
Susah vs. Senang
Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem"forward" kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
SOLAT adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.
Notes:
Tidakkah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.
Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).
Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar e-mail mengenai IS LAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?
Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.
Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.















Kroniknya Sebuah Persahabatan....

Kita tak tahu dari mana wujudnya istilah sahabat or kawan
yang pasti celiknya kita di dunia ini ibu dan ayah kita adalah sahabat pertama kita....
Laungan azan jd peneman ketiga buat kita.....
Melangkaui waktu...masa dan usia...kita berjinak dengan dunia nyata....
Kita mula nak rasa itu...nak rasa ini...dan sebagainya.....
Pasti sebuah coretan baru terpalit dalam sejarah peradaban diri sendiri....
Kita mula nak rasa keseronokan dunia....
nak berkawan..la...nak bercouple...la....
kita lupa di mana kita...siapa kita......hak kita....
Wujud perasaan sayang la....simpati la....hummmmm
macam-macamla.....
Kroniknya...kadang-kadang kawan ini jadi penawar...jadi racun....
dan boleh jadi kedua-duanya......
Itulah hakikat hakiki dunia kita kini
terancam oleh perasaan pelbagai genre manusia yg pelbagai persepsi
Ntah ler....tepuk dada tanya diri sendiri.....
tanya diri dimana kita...siapa kita....kemana kita.......
hugrrrrrh kroniknya